RZ Hijrah Agency

Takaful Wakaf

Ketenangan untuk hari esok. Kebahagiaan untuk selamanya. Wakaf harta untuk akhirat.

Mengenai Takaful Wakaf

TAKAFUL WAKAF

Kebanyakan orang Islam bersedekah secara spontan, iaitu apabila menunaikan solat di masjid, ketika bertemu dengan pengutip derma atau fakir miskin. Ramai juga orang Islam yang bersedekah secara bermusim, seperti di bulan Ramadhan dan Zulhijjah.

Takaful menawarkan peluang bersedekah secara terancang, dengan menyertai pelan takaful. Pencarum boleh menetapkan Institusi Islam pilihannya sebagai penama seperti Sekolah Agama, Tahfiz, Masjid, Anak Yatim, Organisasi Pembelaan Islam (Palestin, Siria, dll.). Segala manfaat takaful akan dihibahkan kepada penama tersebut sekiranya pemilik sijil pendek umur. Manakala jika pencarum panjang umur, segala manfaat tunai (simpanan) dari pelan tersebut juga akan dibayar kepada penama ketika sijil takaful matang (tamat tempoh).

Hanya dengan mencarum serendah RM50 sebulan anda sudah boleh infaq ke jalan Allah secara terancang.