RZ Hijrah Agency

Takaful Hibah

Aset tunai segera untuk yang tersayang mengikut pembahagian hasrat pemberi.

Mengenai Takaful Hibah

TAKAFUL HIBAH

Konsep hibah di dalam takaful adalah pampasan takaful yang diberi kepada penama atas dasar hibah bersyarat. Maksud hibah bersyarat adalah pemberian yang ditentukan kepada penama ketika sipemberi masih hidup, tetapi pemberian tersebut hanya berkuatkuasa selepas kematian si pemberi.

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, harta peninggalan dari takaful adalah bukan harta pusaka, jika pemilik sijil menetapkan penamanya sebagai benefisiari dibawah hibah bersyarat.

Takaful hibah berfungsi untuk tujuan berikut:

MENGENAI TAKAFUL HIBAH

TAKAFUL HIBAH

Konsep hibah di dalam takaful adalah pampasan takaful yang diberi kepada penama atas dasar hibah bersyarat. Maksud hibah bersyarat adalah pemberian yang ditentukan kepada penama ketika sipemberi masih hidup, tetapi pemberian tersebut hanya berkuatkuasa selepas kematian si pemberi. Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, harta peninggalan dari takaful adalah bukan harta pusaka, jika pemilik sijil menetapkan penamanya sebagai benefisiari dibawah hibah bersyarat.

GANTIAN PENDAPATAN

Pendapatan adalah aset paling utama bagi individu yang bekerja kerana dari pendapatan kita membeli untuk aset rumah dan kenderaan, menyimpan untuk masa depan anak-anak dan hari tua, dandari  pendapatan juga kita menyara perbelanjaan harian keluarga. Pendapatan juga kita menentukan taraf hidup tetapi pendapatan wujud kerana ada orang yang bekerja. Maka  pendapatan boleh hilang sekiranya tiada orang yang bekerja akibat pendek umur, atau hilang upaya kekal.

MASA DEPAN ANAK ANAK

Kos penyaraan anak-anak meliputi pusat jagaan harian, tadika, sekolah rendah (SK), sekolah menengah (SMK)¸ pusat pengajian tinggi (IPT), memulakan kerjaya, berkahwin. Kesemua kos ini ditanggung oleh ibubapa yang bekerja. Tetapi bagaimana jika ibubapa tiada atau tidak boleh bekerja? Bagi anak-anak istimewa, merekamemerlukan penjagaan & pendidikan khas. Manakala anak tiri & anak angkat pula tiada bahagian harta pusaka. Apakah nasib mereka selepas ketiadaan ibubapa?

PERANCANGAN HARTA PUSAKA

Apabila seorang muslim meninggal dunia maka segala hartanya BEKU. Oleh itu, maka ada keperluan untuk membuat peruntukan untuk sara hidup keluarga yang tinggal dan juga perlu menyediakan peruntukan untuk kos mencairkan aset.

Dan apabila seorang muslim meninggal dunia hartanya akan BERPINDAH MILIK. Hak milik harta simati perlu dibahagi mengikut faraid dan pasangan hidup di simati akan miliki hanya sebahagian daripada harta tersebut. Maka perlu buat peruntukan (ketika hidup) kepada ahli keluarga yang tinggal untuk mengekalkan aset tersebut di dalam keluarga . Takaful hibah boleh membantu dalam perancangan harta pusaka sesebuah keluarga.

SEDEKAH JARIAH

Di Malaysia, kebanyakan orang islam bersedekah secara spontan, iaitu apabila menunaikan solat di masjid, bertemu dengan pengutip derma atau bertemu dengan peminta sedekah. Ramai juga yang bersedekah secara bermusim iaitu seperti di bulan ramadhan ataupun zulhijjah. Takaful hibah juga  adalah suatu kaedah bersedekah secara terancang kepada institusi agama pilihan anda.