- Halaman Utama
- Takaful Am
Takaful Am
Aset tunai segera untuk yang tersayang mengikut pembahagian hasrat pemberi.
Mengenai Takaful Hibah
TAKAFUL HIBAH
Konsep hibah di dalam takaful adalah pampasan takaful yang diberi kepada penama atas dasar hibah bersyarat. Maksud hibah bersyarat adalah pemberian yang ditentukan kepada penama ketika sipemberi masih hidup, tetapi pemberian tersebut hanya berkuatkuasa selepas kematian si pemberi.
Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013, harta peninggalan dari takaful adalah bukan harta pusaka, jika pemilik sijil menetapkan penamanya sebagai benefisiari dibawah hibah bersyarat.
Takaful hibah berfungsi untuk tujuan berikut:
- Perlindungan pendapatan
- Perancangan harta pusaka
- Jaminan masa depan anak-anak
- Perlindungan pinjaman
- Perlindungan dana persaraan